Tuesday, May 12, 2009

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

Membongkar rahsia sebenar pejuang agung,
Kisah yang benar tidaklah canggung,
Buku terkini dan yang terulung,
Karya Afareez Abd Razak Al-Hafiz tidak berbohong..

Siapa sebenarnya Zulqarnain ini,
Ada disebut dalam surah al-Kahfi,
Ada yang kata Raja Parsi,
Ada yang kata di zaman Yunani..

Ternyata kita tak pernah tahu,
Alexander The Great bukan Zulqarnain,
Bacalah buku akan bertambah ilmu,
Sejarah ini bukan main-main..

Sangat menarik,tak rugi baca...
Saya yang tak minat sejarah ni pun,turut tertarik =)

Sunday, May 10, 2009

murni kasih karya norhayati berahim

Ini ada sebuah buku,
MURNI KASIH tajuk diberi,
Norhayati Berahim bukan penulis baru,
Karyanya dijamin berkualit..

Jalan cerita taklah baru sangat,
Tapi seronok baca sampai tak ingat,
Banyak idea yang best sangat2,
Rasanya tak terpikir dek orang barat..

Kisah ni xreti nak ringkaskan,
Senang cita baca jela,
Jangan risau mesti tak busan,
Rasanya takkan nangis atau ketawa,
Pelik kan?
Sekian lama terhenti penulisan,
Kerana terlalu banyak urusan,
Ditambah lagi dengan kemalasan,
Menjadikan blogku tidak keruan..

Ingin kuceritakan mengenai satu buku,
Novel thriller plotnya baru,
Karya Ramlee Awang Murshid terbitan Alaf21,
Judul 'MIKHAIL' diingat selalu,
Sememangnya karya Ramlee sangat bermutu,
Tidak jiwang dan tidak jemu,
Kisah pembunuh dengan dendam yang beku,
Sejarah hidup yang penuh liku,
Sangat profesional namun hatinya masih mengaku,
Dia manusia bukannya batu..

Ternyata dia hanya diperalat,
Demi misi yang tidak tersurat,
Habis diperah segala kudrat,
Untuk mengakhiri dendam kesumat,
Agar hidup aman dan selamat..

Ahh,sukar kuceritakan...
Baca sajalah untuk penghayatan,
Belum ada yang kata buku ini mengecewakan,
Semua tersenyum tanda kepuasan..

Selamat membaca =)

Saturday, April 25, 2009

buku yang menarik hati

arini dah habis 2 buah buku,
terasa waktu terisi ilmu,
'abang, salah akukah?' judul buku,
'seindah senyuman' lagi satu buku,
memang menarik dan tidak jemu,
siapa berminat blehla queue,
ini pun dah ramai menunggu,
huhu...

buku pertama tentang kehidupan berliku,
kisah ketabahan isteri dan ibu,
menebal ketabahan di dalam kalbu,
namun tidak berputus asa dengan hidup yang kelabu... =(

buku kedua tentang rasul,
kisah benar bukan tahyul,
akhlak nabi amat unggul,
semoga kita mampu menyusul... =)

Friday, April 24, 2009

Hari yang memenatkan...
BPG-OUM berkolaborasi bergandingan,
Bertungkus-lumus demi segulung ijazah yang diimpikan,
Cover-cover dikoyakkan,
Kertas-kertas berterbangan,
Fail-fail berserakan,
Kepala otak penuh persoalan,
Dalam hati penuh kesabaran,
Tidak mengapa...semua bukan halangan,
Semua bukan alasan,
Usaha tangga kejayaan,
Kepada makcik2 sekalian...
kami...LAYAAAAAN.... =D



Tapi...
Dalam kepenatan yang tidak bertepi,
Aku didatangi satu berita epi,
Berita yang menggembirakan hati,
Tidak sangka sama sekali,
Nasyid English Week dimenangi kami,
Betapa terujanya diri ini,
Tiada kata-kata mampu mentafsiri,
Sekalung tahniah buat saudari2,
Dapat gak akhirnya kalahkan kumpulan lelaki,
Hihihi ;-)

Thursday, April 23, 2009

once upon an evening

tiba-tiba...

KL International Bookfair

ari selasa jln2,
jalan2 bersama kawan,
pergi book fair banyak pilihan,
xtau nak pilih suma berkenan..

last2, abih gak dekat 1 ratus,
terpaksa cari ATM kuarkan fulus,
penat bjalan sampai haus,
sampai maktab tido terussss..

Senarai buku :
1) Sejarah Lengkap Nabi Muhammad S.A.W [Abu Mus'ad Al-Husny]
2) Seindah Senyuman : Kisah-kisah nabi Muhammad Bersama Masyarakat [Abd Hakim Ahmad]
3) Mikhail [Ramlee Awang Murdhid]
4) Sungguh Aku Cinta [Anis Ayuni]
5) Hidayah Cinta [Ilham Hamdani]

Monday, April 20, 2009

this is a beginning..

hahaha..
akhirnya ada jugak aku se..er..sebuah ka sehelai ka..ah pape jla..satu blog =)
sbona eh ak bkn orang yang sangat rajin berblog,tp ak cuba gak lah
okies.