Tuesday, May 12, 2009

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

Membongkar rahsia sebenar pejuang agung,
Kisah yang benar tidaklah canggung,
Buku terkini dan yang terulung,
Karya Afareez Abd Razak Al-Hafiz tidak berbohong..

Siapa sebenarnya Zulqarnain ini,
Ada disebut dalam surah al-Kahfi,
Ada yang kata Raja Parsi,
Ada yang kata di zaman Yunani..

Ternyata kita tak pernah tahu,
Alexander The Great bukan Zulqarnain,
Bacalah buku akan bertambah ilmu,
Sejarah ini bukan main-main..

Sangat menarik,tak rugi baca...
Saya yang tak minat sejarah ni pun,turut tertarik =)

Sunday, May 10, 2009

murni kasih karya norhayati berahim

Ini ada sebuah buku,
MURNI KASIH tajuk diberi,
Norhayati Berahim bukan penulis baru,
Karyanya dijamin berkualit..

Jalan cerita taklah baru sangat,
Tapi seronok baca sampai tak ingat,
Banyak idea yang best sangat2,
Rasanya tak terpikir dek orang barat..

Kisah ni xreti nak ringkaskan,
Senang cita baca jela,
Jangan risau mesti tak busan,
Rasanya takkan nangis atau ketawa,
Pelik kan?
Sekian lama terhenti penulisan,
Kerana terlalu banyak urusan,
Ditambah lagi dengan kemalasan,
Menjadikan blogku tidak keruan..

Ingin kuceritakan mengenai satu buku,
Novel thriller plotnya baru,
Karya Ramlee Awang Murshid terbitan Alaf21,
Judul 'MIKHAIL' diingat selalu,
Sememangnya karya Ramlee sangat bermutu,
Tidak jiwang dan tidak jemu,
Kisah pembunuh dengan dendam yang beku,
Sejarah hidup yang penuh liku,
Sangat profesional namun hatinya masih mengaku,
Dia manusia bukannya batu..

Ternyata dia hanya diperalat,
Demi misi yang tidak tersurat,
Habis diperah segala kudrat,
Untuk mengakhiri dendam kesumat,
Agar hidup aman dan selamat..

Ahh,sukar kuceritakan...
Baca sajalah untuk penghayatan,
Belum ada yang kata buku ini mengecewakan,
Semua tersenyum tanda kepuasan..

Selamat membaca =)